Contoh Pengenalan Assignment Agama Islam

1.0PENGENALANTamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu.Ianya muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor dan kerajaan Melayu maritim (Langkasuka, Srivijaya). Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayahini Ialah Bahasa Melayu dan agama Islam. Kedudukan Alam Melayu yang strategik telah menarik minat pelbagai kuasa besar. Fasa perkembangan sejarah Melayu dapat diperhatikan pada lima perkara iaitu fasa kedatangan dan pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu, fasa orang Melayu menerima pengaruh Hindu-Buddha dalam agama dan kebudayaan, fasa orang Melayu menerima islam, fasa penjajahan, dan fasa kewujudan Negara Merdeka. ………………………………………………………………………………..Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan sturuktur yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang, dan petani. Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Asas kepada kemunculan tamadun dan susunan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian.………………….……………..Selain itu, masyarakat Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi maritim. Kesenian yang terdapat di candi Borobudur adalah satu contoh bagaimana orang Melayu telah menghasilkan satu bentuk kesenian tersendiri dan berbeza sungguhpun asasnya datang dari tamadun India.1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *